Ikan  3 rasa 
 
 bahan-bahan:
 
 Ikan Siakap 1 kg
 Lada Merah Hidup 8 biji dicincang halus 
 Bawang Putih Satu biji dicincang halus halus 
 Bawang Merah 4 biji dicincang 
 Nenas 2 keratan melintang dipotong dadu
 Serai 3 ½ batang dititik (saiz sederhana)
 Sos Ikan Secukup rasa 
 Sos Tiram Secukup rasa 
 Garam Secukup rasa 
 Gula Secukup rasa 
 Serbuk Kunyit Untuk salutan ikan
 Kicap Soya Secukup rasa
 Daun Ketumbar Sebagai hiasan 
 Lada Lumat Secukup rasa 
 Tepung Jagung 1 sudu besar
 
 cara-cara membuatnya:
 
 Ikan 
 
 1. Gaulkan garam, serbuk kunyit dan lada lumat sebati kemudian lumurkan kepada ikan secara rata. 
 
 2. Goreng ikan yang di sapu tadi (deep fried) sehingga garing. Pastikan  api sederhana. Kemudian sediakan di dalam pinggan kaca. Bagi peresapan  suhu yg sekata. Aroma ikan akan terserlah. 
 
 Kuah 
 
 3.  Pastikan kuali panas setelah dimasukkan 6 sudu minyak. Masukkan bawang  putih yg dicincang.Goreng bawang putih sehingga separuh kekuningan  kemudian masukkan bawang merah. 
 
 4. Setelah aroma bawang telah timbul masukkan lada merah goreng seketika dan selepas itu masukkan nenas tadi. 
 
 5.Masukkan 2 cawan air dan tunggu sehingga menggelegak. 
 
 6. Bila telah menggelegak masukkan semua bahan yg masih belum dimasukkan lagi tadi satu persatu. 
 
 7. Bancuh tepung jagung dengan air masak (pastikan air tidak panas  untuk mengelakkan tapung jagung menjadi berketul-ketul) dan masukkan di  dalam kuah tadi. 
 
 8. Kacau semua bahan hingga sebati sehingga masak. 
 Cadangan Hidangan:
 Sirami ikan siakap dengan kuah yang di masak. 
 
 Campakkan daun ketumbar mengikut keseniaan masing-masing.
 
 kebiasaanya di sajikan pada majlis rasmi orang bugis..
 walaupun bukan menu bugis yang asli, tapi meu ini sering di sajikan ketika majlis perkahwinan orang bugis
 




